About Me

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
kadang2 kita boleh jujur tapi jgn bengap

Wednesday, June 23, 2010

NYAWAKU

Di saat engkau bertanya kepadaku,"manakah yg lebih penting? diriku atau nyawa mu?". Lalu aku pun menjawab tanpa rasa ragu,"nyawaku." Dan engkau pun terus menangis. Aku tidak tahu sama ada tangisanmu itu kerana terharu atau pun sakit hati dengan kata-kata ku.

PANGG!! sekeping tapak tangan hinggap di pipiku. Lalu engkau pun pergi meninggalkan aku keseorangan. Barulah ku tahu bahawa engkau tidak mengerti akan kata-kata ku sebentar tadi. Mengapa engkau berlalu tanpa menoleh kepadaku? Mengapa engkau berlalu tanpa bertanya kan tentang jawapan ku itu?

Tidakkah engkau ketahui bahawa engkaulah penyeri ku? Tidakkah engkau ketahui bahawa seluas langit dan bumi yg aku nampak hanyalah engkau seorang? tidakkah engkau ketahui bahawa engkaulah NYAWA KU itu? Dan sekarang engkau menghilang dengan kepingan hati ku yg engkau curi dari ku dahulu. Tuhan memberikan mata untuk melihat seluas-luasnya alam ciptaanNya. Tetapi kenapa engkau tidak dapat melihat aku sepertimana dahulu aku sentiasa di hadapan mu. Mungkin kerana mata mu terhalang oleh jejaka lain yg lebih hebat dariku. Tuhan memberikan hati kepada hambanya untuk merasai perasaan antara satu sama lain. Namun engkau tidak juga merasainya. Mungkin kerana apa yg aku curahkan kepada kau masih tidak mencukupi lagi. Atau mungkin kerana tuhan telah menetapkan jodoh aku bukanlah engkau.................................

dengan hati yang tulus ikhlas:
SYAFIQ ADIPUTRA

No comments: